sy sgt mementingkan kesihatan dan suke mkn mknn yg berkhasiat..
berat badan pon menjadi perkara yang penting dalam kehidupan harian..
sejak kebelakangan ney masalah berat badan mmg selalu je dalam otak ney..huhu
tekanan taw..walaupon sebenarnye mslh tuh xde la berat sgt..tapi ibarat pepatah inggeris
"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"
so sebelom badan sy besar membelon lebih baik sy berhati2 dan mulakan rutin yg sihat bg mendapatkan berat badan yg ideal..
bayangkan sy tgh mamai2 tido pon masih terfikir2 cara yg sesuai utk kurangkan berat
ish3!!!haih~
so pagi td bgn je teros on9 cari tips2 yg sesuai...
antara tips yg sy dapat adelah..jeng2!!!
1.Ambil sarapan pagi
Ini sgt penting sbbnye sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah. Kadar metabolsime juga meningkat untuk membakar kalori.Selain itu berat badan juge dapat dikurangkan...
2.Jangan asyik menimbang berat badan
Cara paling elok ialah dgn menimbang berat badan seminggu sekali je..
Kalau timbang setiap hari tapi xde sbrg perubahan kan kecewa..huhu
3.Jangan berlapar
Ingat!!! makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh terkejut dan akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan.Jd menyebabkan kadar metabolisma rendah. Bila tidak tahan berlapar, kita akan makan dengan lebih banyak.
4.Amalkan makan malam sebelum pukul 7
Elakkan mengambil makanan yang berat kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan akan disimpan menjadi lemak.haha yg ney mcm susah je kan????sbbnye di Malaysia kebanyakan makan mlm pada pukul 8 dan keatas.Tapi tak salah kalau mencuba..lama2 akan terbiasa.
5. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
6.Pilih piring rata.
Ketika memilihmakanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian nasi dan lauk . Kalau nak tambah, ambil sayuran je. Makanlah di meja makan dan bukan didepan tv. Sebab, makin best cerita kat tv, semakin banyak kita makan..
7.Rajinkan diri utk bersenam
Senaman seperti Sit-up boley membentuk otot dan membakar lemak.Kalau malas buat senaman guna Hula-Hoop pon boley sbbnye senang dan boley bakar banyak lemak.
8.Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
Air mengurangkan selera makan secara semulajadi dan membantu membakar lebihan lemak. Sebelum ambil makanan yang berat minum la air,sbbnye kita akan rs kenyang jadi kita akan makan sikit je..bijak x???
terlalu byk tips yg sy jmpa..tapi tips2 yg kat atas ney pon da cukup berguna..
cuba amalkan dulu moga2 boley dapat berat badan ideal plus bentuk badan langsing hehe..selamat mencuba
da~

2 comments:
boley belikan I HULA-HOP?!..
hehehe..dah super excited dh nie..
ala..i br nak soh u hadiahkan i..bday present maybe???
Post a Comment