Daisypath Anniversary tickers

28 July 2010

cerah dan berkillaw..haha~


Setiap manusia di dunia ini mengidamkan kulit yang sihat dan berseri2.
Dengan memiliki kulit sihat perasaan yakin dan percaya kepada diri akan muncul dengan sendiri.

Di bawah adalah tips-tips penjagaan kulit supaya sentiasa sihat dan berseri2:

1) Sentiasa membersihkan kulit

Untuk membersihkan kulit anda perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Jika anda lebih banyak berpeluh maka anda perlu mandi dengan lebih kerap lagi.
Mandi menggunakan sabun adalah tidak memudaratkan tetapi apabila anda menggunakannya
secara berlebihan maka ia boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering kerana ia telah
menyingkirkan sebum di kulit anda. Penggunaan air panas juga boleh menyebabkan kulit anda menjadi kering.
Gunakan sabun atau pencuci yang lembut jika anda mempunyai kulit kering.
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, elakkan sabun dan pencuci yang mengandungi wangian dan pewarna
kerana ia boleh menyebabkan berlakunya radang kulit.


2) Menggunakan pelembap selepas mandi

Jika anda mempunyai kulit yang kering anda perlu menggunakan pelembap kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit anda.
Dengan menggunakan pelembap kulit ia akan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.
Dan bagi anda yang mempunyai kulit yang berminyak maka anda tidak perlu lagi menggunakan pelembap.
Anda boleh menggunakan pelembap kulit untuk disapu pada kulit yang kering sahaja.
Dengan penggunaan pelembap juga kulit anda akan ase lembut dan juga wangi.


3) Lindungi kulit cahaya matahari

Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari.
Ini kerana kulit anda akan menjadi rosak jika terlalu kerap terdedah kepada cahaya matahari.
Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari apabila dirasakan perlu.
Pelindung matahari juga perlu disapu semula selepas 2 hingga 3 jam selepas anda berenang.
Memandangkan negara kita beriklim panas sepanjang tahun maka amat disaran untuk anda mengunakan krim pelindung
matahari sebelum memulakan rutin seharian di luar rumah.

4) Rajin bersenam

Kalau nak badan sihat mesti semua orang akan cakap kena bersenam selalu.
Begitulah juga kalau anda mahukan kulit anda sentiasa sihat dan cantik maka anda perlulah selalu bersenam.
Ini kerana jika bersenam secara konsisten ia akan melancarkan peredaran darah keseluruh organ
dalam badan termasuklah juga kulit anda. Ia juga akan sentiasa mengekalkan kesihatan kulit anda.
Badan yang sihat juga penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat.
Ini kerana peluh2 yang terhasil semasa bersenam mengeluarkan toksin dari dalam badan menyebabkan kulit lebih segar dan sihat.
Kulit anda akan kelihatan kemerah-merahan dan kelihatn sgt menarik.


5) Jaga permakanan

Makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat.
Ini kerana anda adalah apa yang anda makan. Anda perlu mengambil makanan yang
seimbang yang mengandungi sumber protein, vitamin dan juga mineral. Untuk mendapatkan
kulit yang sentiasa sihat dan cantik anda perlu banyak memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
Ini kerana ia mengandungi banyak vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.Cara mudah untuk
memaksimumkan pengambilan buah-buahan adalah mengambil satu hidangan buah-buahan
di antara waktu makan utama.Untuk sayuran pula,mestilah mengambil satu bahagian sayuran dalam setiap menu makanan utama.


Diharap dengan info2 yang tersenarai diatas dapat memberikan manfaat yang berguna dalam kehidupan anda.
Semoga anda mendapat kulit yang sihat dan berseri2 yang di idamkan.

1 comment:

iamryne said...

entry berguna...LIKE!