Daisypath Anniversary tickers

08 August 2014

Laksa Express

aku memang penggemar laksa
ade jugak orang panggil  "hantu laksa"
sebabnye..boleh makan laksa pada bila-bila masa
setiap masa pon xde hal..

jadi bagi aku
nak buat laksa memang kacang goreng la..
teknik penting untuk buat laksa:

1.rebus
2.blend

simple kan?

bagi yang nak makan laksa tapi tak pandai siang ikan semua
no worries
gunakan saja sardin dalam tin
ngeh ngeh ngeh

 LAKSA EXPRESS

my version of laksa express a.k.a laksa sardin

cara-cara:

1.rebus laksa sehingga empuk,dah empuk angkat dan tos kan
2.blend kan bawang besar,bawang putih,belacan,cili kering,cili padi sikit
3.siap blend tuang semua bahan masuk periuk rebuskan
4.campak asam gelugur masuk periuk untuk memberi rasa masam sikit pada kuah
5.blendkan isi sardin sahaja,kuah sardin takmau (aku guna 2 tin sardin untuk memberi rasa lebih pekat pada kuah)
6.tuang isi sardin masuk periuk
7.campak daun kesum n bunga kantan
8.tambahkan garam secukup rasa
9.tunggu sehingga mendidih
10.sedia di hidang.

senang x?
anda pasti dapat memasaknya..

No comments: