Daisypath Anniversary tickers

28 April 2011

Pelajari Catwalk

1. Jika berjalan berginjat,
   kononnya seorang yang tidak jujur,
   kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain.
   terkenal dengan sikap egonya.
   Lebih parah,mereka merupakan pemboros tanpa berfikir sebelum berbelanja.
   Tapi menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri.
   biasanya pandai menyimpan rahsia.Walaupun ramai yang mereka tidak jujur,
   suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun,
   ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya.
   Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk.
   melambangkan seperti memiliki sifat yang tertutup.
   hanya akan berbual dengan orang-orang
   yang rapat dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya.
   sukar untuk ditakluk hatinya.tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada
   lelaki yang berjaya menawan hati mereka,dijamin akan mendapat kebahagiaan.
   mereka sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan.
   memiliki pendirian yang teguh,
   Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya,
   jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
   Meski pendiriannya teguh, tapi selalu berselisih pendapat.
   Jangan hairan mereka hanya mahu berbual dengan
   orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri.
   bersifat tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku.
   Apa pun masalah yang ada dihadapannya dianggap kecil.
   Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
   diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini,
   banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
   dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak.
   Mereka ini tegas menentukan sikapnya sendiri.
   Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain.
   Gaya bicaranya serius seperti ngin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh.
   Bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya.
   Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa
   meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya,
   ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan
   bergerak ke depan dan ke belakang.
   Mereka ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah
   terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual
   dengan mereka kenalah menjaga perasaannya
   agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan
   air mata.

8. Jika berjalan menghentak kaki. Maksudnya,
   ketika melangkahkan kaki disertakan dengan bunyi menghentak
   mereka ini sedang mintak aku tumbuk atau aku belasah kerana hati aku
   cepat panas kalau dengar sesiapa jalan hentak hentak kaki.
   Apa motif nak jalan sampai satu rumah bergegar?
   Macam bagus sangat!!!
   Huh!

No comments: