perempuan kalau kat mulut
tak keluar perkataan DIET memang tak sah
walaupun sebenarnya tak memerlukan diet
tapi tetap jugak nak berdiet
jangan macam tuh
kadang boleh mengundang bahaya dari bahagia
lebih baik kita cantik langsing dan sihat
daripada langsing tapi tak sihat
aku tak sebut cantik sebab
kalau kita sakit jangan harap la nak nampak cantik
betol tak??
ok
sebelom korang sume start berdiet bagai
apakata kira dulu BMI(Body Mass Index) masing masing
untuk tahu samada korang
kurang berat,normal,terlebih berat ataupon obesiti
kalau dah tahu korang dalam golongan yang mana
baru teruskan dengan niat korang untuk berdiet
cara-cara untuk mengira BMI :
1)Tinggi korang dalam meter didarabkan
contohnye :
1.60 * 1.60 = 2.56
2)Berat anda dibahagikan dengan hasil darab tinggi tadi
contohnye :
55/2.56 = 21.484
3)Bandingkan hasil bahagi tadi dengan skala
BMI pada jadual dibawah:
Kelas BMI (kg/m²)
Kurang berat < 18.5
Normal
(berat badan unggul) 18.5 – 24.9
Berat badan berlebihan > 25.0
Pra-obes 25.0 – 29.9
Obes Kelas 1 30.0 – 34.9
Obes Kelas 2 35.0 – 39.9
Obes Kelas 3 > 40.0
Sebagai contoh hasil yang kita dapat tadi iaitu 21.484
berada dalam skala berat badan unggul
korang cuba kira BMI korang
kalau dah melebihi paras normal
korang kena la ambil tindakan
if kurang pon kene ambil tindakan jugak
and if normal???
kekalkan sampai bila bila lalalalalal~

No comments:
Post a Comment